1. Y.A.B Menteri Pelajaran, telah membentangkan Bidang Keberhasilan
Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada
bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk
mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) KPM
iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di
peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama
semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah
dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran
asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun
2006.
4. Murid berkeperluan khas yang
meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal,
dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
5. Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 1.
6. Mulai tahun 2015, saringan khas linus Literasi Bahasa Inggeris telah dilaksanakan. Saringan ini adalah untuk murid Tahun 4 yang masih belum menguasai konstruk LINUS semasa di Tahun 3 pada saringan dua tahun sebelumnya. Murid yang dikenal pasti turut akan diberi pengukuhan sepertimana murid linus Tahap 1.
5. Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 1.
6. Mulai tahun 2015, saringan khas linus Literasi Bahasa Inggeris telah dilaksanakan. Saringan ini adalah untuk murid Tahun 4 yang masih belum menguasai konstruk LINUS semasa di Tahun 3 pada saringan dua tahun sebelumnya. Murid yang dikenal pasti turut akan diberi pengukuhan sepertimana murid linus Tahap 1.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi
merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan
berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008
menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan
sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas mengira (numerasi).
7. Data Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah
rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan
yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi
seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid
yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan
kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi
keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah
akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program
intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi
(Bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan
kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
10. Definisi Literasi: Definisi
literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat
tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Manakala
Definisi Numerasiadalah " kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik
dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk
memastikan semua murid Tahap Isekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid
berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata
terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan
daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta
memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung
‘dan’.
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid
berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan
menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan
sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor.
iii. menyatakan fakta asas tambah,
tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan
operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid
Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali
murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan
(Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran
dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah
Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
2.0
15. Makmal NKRA bagi program LINUS
telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap
murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi
bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi
guru;
iv. melaksanakan program kesedaran
tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga
sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan
dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan Pegawai
FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid
berupaya membaca, menulis dan mengira.
16. Murid yang telah dikenal pasti
masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara
intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti
program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada
bulanSeptember (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang
menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru
Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan
di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program
ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid
berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan
kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk
numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa
Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan
khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang
mempunyai masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS
dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut
peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi
Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis
Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan
budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan
sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini
berkesan dan mencapai matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang
terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan
untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan
dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan
sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM,
pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke
semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan
untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu
dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan
dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan
kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan
pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi
bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan
ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi
merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan
operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya
dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN
NUMERASI
29. Murid yang mengikuti Program
LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi
yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan
menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan
kreativiti.
31. Instrumen saringan dibina dan
diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan
numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
(LP).
PELAPORAN
32. Pengumpulan data saringan dan
analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK).
PENUTUP
33. Program ini menegaskan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi
dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada
peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.