Monday, October 10, 2016

Paparan dari Portal NKRA yang perlu di cetak dan cara mendapatkannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Di sini saya tunjukkan apa yang perlu dicetak dan cara mendapatkan 2 laporan untuk diserahkan semasa verifikasi data saringan 2 2016 pada 11 dan 12 Oktober nanti dari portal NKRA.

1. log in menggunakan id dan password sekolah masing-masing

2. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan


3. Pilih tahun, Tahun Kutipan dan saringan dan klik butang cari.

4. Untuk cetak keputusan saringan linus mengikut kelas lihat paparan di bawah.

5. Cetak paparan seperti di bawah dan disahkan oleh pentadbir



6. Seterusnya untuk cetak laporan ikut konstruk klik seperti paparan di bawah. Perlu cetak untuk semua kelas.

7. Cetak paparan seperti di bawah dan disahkan oleh pentadbir


Di harap dengan ini dapat memudahkan semua penyelaras mencetak apa yang diperlukan
Jika ada masalah jangan segan-segan untuk hubungi fasilinus seliaan sekolah masing-masing

Sekian terima kasih

NOR HISHAM BIN ABDUL GHANI
KETUA FASILINUS
JPN PERLIS

Sunday, October 9, 2016

Borang Penjaminan Kualiti - TERBARU 10 OKTOBER 2016

Sila download di sini atau ke menu MUAT TURUN

Saturday, October 8, 2016

Borang Analisa Statistik Linus2.0 2016...TERKINI  7 OKTOBER 2016

Sila download di sini atau ke menu MUAT TURUN

Tuesday, July 26, 2016

DATA SEKOLAH UNTUK KEPERLUAN JNJK

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon semua penyelaras Linus sekolah rendah negeri perlis download fail melalui Link di bawah untuk keperluan Nazir semasa Pemeriksaan Khas Linus2.0 tahun 2016. Isi secara softcopy dan emailkan semula kepada saya seperti alamat email berikut syam.jpnps@gmail.com pada atau sebelum 29/07/2016 hari Jumaat.


klik url berikut utk download : https://goo.gl/7fycVe

Fail yang di download cikgu rename dengan nama sek cikgu 


Wednesday, July 13, 2016

Taklimat Program Cakna LINUS 2.0 2016

Taklimat telah diadakan pada 13 Julai 2016 dan dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Linus Sekolah. En Norhisyam selaku Ketua Fasilinus telah menyampaikan taklimat berkenaan yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.









Thursday, June 30, 2016

Taklimat Pengurusan LINUS2.0 dan Pelancaran Sentuhan Sayang 2016



Intervensi Sentuhan Sayang 2016 telah disempurnakan oleh En. Azman Bin Ghazali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perlis semasa Taklimat Pengurusan Linus2.0 untuk semua Guru Penolong Kanan sekolah rendah Negeri Perlis pada 1 Feb 2016.

Thursday, June 23, 2016

MODUL SINAR MINDA NUMERASI



Bahan Numerasi Modul Sinar Minda untuk konstruk 1 dan Konstruk 2 boleh di Muat turun di wiget muat turun numerasi.

MODUL BUDIMAN NUMERASI TAHUN 2

Guru-guru boleh muat turun modul Budiman Numerasi di Wiget Muat Turun Bahan Numerasi ada 5 fail semuanya untuk bahan Konstruk 3 hingga Konstruk 12.

Wednesday, June 15, 2016

BENGKEL BINA BLOG UNTUK FasiLINUS NEGERI PERLIS



Salam sifar LINUS
Unit LINUS Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perlis telah mengadakan satu bengkel pengenalan untuk membina Blog bagi semua FasiLINUS JPN Perlis pada 10 Jun 2016. Ucapan terima kasih sekalung budi kepada penceramah jemputan  yang juga bekas FasiLINUS Numerasi En Nadzari Baharom yang kini bertugas sebagai Guru Besar SK Kampung Serdang kerana sudi meluangkan masa

BUKU PENGOPERASIAN LINUS 2.0


COVER BUKU PENGOPERASIAN LINUS2.0



* UNTUK MUAT TURUN CLIK PADA GAMBAR*